Followers



Apakah Jerebu
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca-punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada:
  • Pembakaran secara terbuka

  • Asap dari kilang

  • Asap dari kenderaan

    Indeks Pencemaran Udara (IPU) 
    IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
    NILAI IPUSTATUS
    0-50Baik
    51-100Sederhana
    101- 200Tidak Sihat
    201-300Sangat Tidak Sihat
    301-400Berbahaya


    Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah-langkah pencegahan.

    Layari http://www.jas.sains.my/jas/default.html untuk IPU terkini.

    Maklumat dipetik dari Bahagian Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Unit Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • 0 comments:

    Post a Comment

    "Boleh nak komen apa sahaja, tapi jangan lupa letakkan nama. Komen anda tanggungjawab anda, dan bukan saya". TQVM.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Photobucket