Followers


Hefner dan Crystal

Berita Playboy Tua - Umur pasangan anda sebaya dengan anda. Ini penangan daripada  kejantanan Hugh Hefner. Bos Majalah Playboy yang sudah menjangkau ke usia petang masuk ke senja, 85 tahun. Tetapi bukan calang2 si tua bangka yang merasakan hidupnya akan tamat sebentar sahaja lagi. Hefner terus menikah satu lagi dengan  Crystal Harris, gadis berusia 24 tahun. Selisih umur di antara keduanya 61 tahun. Namun, itulah, Hefner yang meletakkan motto kehidupannya sendiri, "Anda semuda gadis pasangan anda". Pengasas Majalah Playboy itu mengaku tidak pernah gusar dengan soal usianya yang kian meningkat tua. Baginya, "Umur adalah hanya soal angka," petikan popularnya yang diambil daripada majalah FemaleFirst. Hefner menyambut harijadinya yang ke-85 minggu lalu. Dia telah mengadakan pesta sambutan tersebut di Las Vegas bersama anak lelakinya, Marston, yang juga menyambut ulang tahun yang ke-21 pada hari yang sama. 

Hefner dikatakan sedang sibuk merancang untuk mengadakan satu lagi pesta bagi menyambut pperkahwinannya dengan Crystal. Pesta itu telah dijadualkan pada 18 Jun yang akan datang di Rumah Agam Playboy. "Apa yang saya cari adalah cinta dan persahabatan sebanyak yang mungkin. Saya rasa hidup ini adalah mengenai : "Perasaan dan Mengambil Berat", ujar Hefner.

"Hidup saya anda lihat begitu indah, bahkan sejujurnya ia adalah lebih baik lagi, kerana di dalamnya penuh dengan cinta", tambah Hefner bertutur dengan ayat manis berbunga2. Meskipun, setiap ulang tahun kelahiran itu dilihat sebagai aras tanda kepada penuaaan seseorang, namun bagi Hefner dia akan tetap merayakan dengan penuh kegembiraan bukan kepalang.

"Ulang tahun ini sesungguhnya satu memori yang paling manis dan indah. Saya merayakan ulang tahun yang sangat hebat di Las Vegas,"Hefner menulis di laman Twitternya.

Itulah kehidupan seorang Raja Playboy yang cukup sinonim dengan gadis2 yang cukup menarik dan mantap di pandangan mata. Apa rahsianya, aku pun tak tahu. Nak kata banyak duit pun tak boleh juga, sebab berapa ramai billionaire di dunia, namun hanya Hefner yang mempunyai kualiti memikat perempuan yang terbaik daripada ladang cik kiah...kih kih..kih. 

0 comments:

Post a Comment

"Boleh nak komen apa sahaja, tapi jangan lupa letakkan nama. Komen anda tanggungjawab anda, dan bukan saya". TQVM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About

Photobucket